🤯 Susah ke sains komputer?

🤯 Susah ke sains komputer?

⏩ TL:DR

Semua benda susah, tak kisah la apa-apa pun yang kita belajar, yang membantu kita untuk memahami sesuatu adalah minat dan usaha. Itu yang akan bantu kita fahami sains komputer, atau apa-apa sahaja subjek yang ada.

Disclaimer:
Ini adalah pendapat sebagai seorang pelajar yang mempunyai pengalaman sebanyak 13 tahun. Anda terima atau tidak, terpulang.
Sains komputer yang saya ingin perkatakan adalah dalam konteks tahap ijazah. Selamat membaca 😄



😗 Pernah ingat tak?

Jika anda pernah mengambil add math (atau tak pun takpe, dengar sahaja), anda mesti pernah dengar perkara-perkara seperti:

  1. Add math ini susah seperti yang diperkatakan oleh senior.
  2. Ada pelajar yang dapat markah yang teruk dan ramai yang gagal.

Tapi bila kita sendiri yang mengalami perkara itu, dan ambil subjek add math dalam spm, ramai sahaja yang mampu score subjek tersebut (ada sahaja yang masih gagal, tapi jumlah tidaklah sebanyak yang sebelum ini)



🤔 Jadi apa maksudnya?

Maksudnya, apa-apa yang kita tidak tahu memang akan jadi susah. Ia jadi lebih mudah bila kita mempelajari sesuatu perkara, sama seperti mengambil ijazah sains komputer.

Ia menjadi lebih susah bila kita tidak tahu apa-apa pun berkenaan sains komputer, jadi dalam semester pertama kita akan rasa 'overwhelm' dengan silibus seperti 'programming', struktur data, algoritma dan pelbagai lagi lah.



✋Tapikan, kenapa ramai graduan atau yang ambil sains komputer, cakap susah juga?

Dalam pendapat saya, kita boleh klasifikasikan individu ini dengan dua kategori:

  1. Mereka tidak faham apa yang mereka belajar.
  2. Mereka mengingati zaman awal belajar sains komputer yang mereka terpaksa bertungkus lumus untuk memahami

Lagipun, ada sahaja orang yang berjaya dapat keputusan yang cemerlang, bukannya dalam kuantiti yang sikit, adalah juga.



🥰 Maksudnya sesiapa pun boleh ambil ye?

Boleh! Tiada masalah selagi anda cukup syarat kelayakan yang dikenakan oleh institusi yang anda pilih untuk mengambil ijazah sains komputer.

Tapi ada lagi satu perkara yang perlu anda ada, iaitu:

MINAT

Kalau anda minat sesuatu perkara, ia akan memudahkan zaman pelajaran anda, tak kesah la apa-apa subjek, kimia ke, biologi ke, matematik ke. Yang penting minat perlu ada.

⭕ Konklusi

Terima kasih sebab membaca, jika anda ingin mengetahui berkenaan apa yang anda akan pelajari dalam Sains Komputer, boleh lihat video di bawah:

degree SAINS KOMPUTER belajar apa je? | Dalam 7 minit
Dalam video ini saya ringkaskan apa yang anda akan belajar jika mengambil jurusan sains komputer. Anda perlu tahu, sains komputer bukan ‘programming’ semata-...

Tunjuk komen