"Tutorial hell 🔥🔥"
Adalah satu terma yang menakutkan bagi programmer yang baru
🤔 Apa itu 'Tutorial Hell'?
Terma "tutorial hell" adalah apabila kita, sebagai seorang yang baru berjinak dalam sesuatu perkara, telah mengikuti banyak video atau tutorial di internet, dan juga melakukan projek-projek berdasarkan tutorial tersebut.
Tetapi bila kita nak buat projek sendiri, kita blank 🤔. Kita fikir kita dah boleh buat projek sendiri, tetapi hakikatnya kita masih tidak boleh buat apa-apa.Ini menyebabkan kita sekali lagi mencari tutorial yang lain untuk kita ikuti. Dan kitaran ini berulang tanpa henti...
Ini juga membawa kepada programmer baru untuk mengaku kalah.
😫 Macam mana nak keluar dari 'Tutorial Hell'?
Teroka konsep baru yang dipelajari dengan sendiri 🔎
Programming ni hanyalah satu alat sahaja. Dan ada banyak konsep dalam programming, yang tak disentuh dengan sangat terperinici dalam tutorial. Sebab tu kalau kita diberi sesuatu perkara, kita perlu cuba dengan sendiri.
Contoh:
Kalau kita baru belajar konsep print(), iaitu sebuah kod yang membolehkan kita memaparkan sesuatu dikonsol, kita kena lihat kebolehan lain print().
Bolehkah kita print apa-apa sahaja?
Bolehkah kita print pemboleh ubah lebih dari satu?
Dan sebagainya...
Tutorial tak mampu untuk merangkumi semua perkara, anda kena teroka 'alat-alat' ini sendiri. Kalau ada tutorial yang boleh cover semua, memang berbulan-bulan baru nak habis 🤣
Buat projek, buat mudah-mudah je 👷
Bila nak buat projek, buat sesuatu yang sangat-sangat mudah. Kalau projek yang anda ada susah, pecahkan lagi menjadi lebih mudah.
Contoh #1:
Nak buat blog = tapi tak pandai nak susun website-> projek guna layout je = tapi tak pandai guna html tag-> projek guna html tag yang commonDan pecahkan lagi kalau masih susah
Contoh #2:
Kalau anda baru dengan HTML dan CSS, ada satu konsep yang agak sukar dikenali sebagai flexbox bagi seorang beginner. Cuba buat projek khusus untuk membantu dengan pemahaman anda dengan flexbox.
Bila kita ada target apa yang nak difaham, memudahkan lagi kita ingin mulakan projek. Nanti projek yang seterusnya boleh kita buat lagi kompleks
Sumber:
https://dev.to/davidmm1707/how-to-escape-from-tutorial-hell-and-never-come-back-bb6