Anda berminat ๐ untuk ambil jurusan sains komputer tetapi ibu bapa anda menghalang anda daripada berbuat demikian. Antara sebab kebiasaanya adalah:
- Ada ke peluang pekerjaan ambil bidang sains komputer?
- Macam tak untung je gaji kerja bidang ni.
- Sains komputer ni nampak susah la, nanti menyesal ambil.
- Ni mesti perlu keluarkan duit banyak sebab perlu beli laptop mahal.
Jadi saya akan jawab persoalan-persoalan di atas supaya anda akan lebih konfiden untuk menjawab kerisauan yang lahir di minda ibu bapa anda.
๐ณ Ada ke peluang pekerjaan ambil bidang Sains Komputer?
Cuba lihat sekeliling anda. Manusia menghubungi kawan-kawan menggunakan Whatsapp, mamak sudah ada robot menghantar makanan, algoritma yang cerdik digunakan untuk melakukan saham di Wahed Invest, dan macam-macam lagi teknologi yang berjaya membantu orang ramai memiliki hidup yang lebih selesa.
Untuk membina teknologi sedemikian, banyak pekerjaan yang lahir untuk melakukan perkara tersebut.
Ada banyak pekerjaan dalam bidang Sains Komputer, tapi antara pekerjaan yang sesuai untuk 'fresh grad' adalah:
- Front-end developer
- Back-end developer
- Data scientist
- Quality assurance (QA) tester
- IT support/specialist
Senarai lengkap skop kerja programmer buat website:
— Robotys (@robotys) July 27, 2022
1) UX (User Experience) = susun flow user guna sistem kita.
2) UI (User Interface) = lukis interface sistem kita yang user nampak
3) Web design = coding kan lukisan UI tadi. Biasanya HTML + CSS.
๐ธ Macam tak untung je kerja bidang ni.
Bayaran untuk 'fresh grad' okay je. Paling rendah yang masuk akal adalah RM2,500 sebulan.
Kalau nak gaji yang tinggi sikit dalam linkungan RM3,500 ke atas, boleh cuba dapatkan jawatan di 'multinational company' (MNC).
Saya ada juga kenalan yang gaji permulaannya mencecah RM6,000 sebulan. Saya bukan ingin berikan harapan, bukan senang ingin dapatkan RM6,000 sebagai gaji permulaan, tetapi ianya boleh berlaku.
Majoriti syarikat, RM2,500 adalah gaji yang ditawarkan dalam kebanyakan syarikat tempatan yang kecil. Jadi kalau anda lihat ada yang tawarkan kurang daripada RM2,500, saya sarankan anda elak sebab itu terlalu sedikit.

๐คฏ Sains komputer ni susah la, nanti menyesal ambil
Kalau anda (atau anak anda) akan dihantar untuk belajar bidang medic/engineering/sains tulen, itu sebenarnya sama sahaja tahap kesusahannya.
Sains komputer adalah subjek STEM, jadi dia bukanlah susah sampai memang satu benda takkan faham.
Kalau anda belajar baik-baik, hadir kuliah atau 'tutorial', mempunyai kawan untuk belajar bersama, sepatutnya anda akan belajar bidang tersebut dengan baik.
Di bawah saya ada artikel menerangkan 'kesusahan' bidang Sains Komputer.
๐ณ Ni mesti perlu keluarkan duit banyak sebab perlu beli laptop mahal kan?
'Laptop' dengan harga RM3,000 sudah pun memadai sebenarnya. Anda tidak perlu pun komputer yang mahal seperti Macbook atau 'laptop gaming' semasa zaman belajar sebab pada waktu itu, anda tidak akan lakukan 'programming' atau kerja yang memakan kebanyakan tenaga kerja komputer anda.
Di bawah saya ada menerangkan spesifikasi yang diperlukan oleh komputer anda untuk kegunaan pelajaran anda dalam bidang Sains Komputer.

๐ค Apa yang perlu anda lakukan seterusnya?
Sekarang anda sudah tahu soalan-soalan atau pertanyaan yang sering ditanya oleh ibu bapa anda dan bagaimana anda boleh menjawab dengar jawapan yang logik. Anda perlu nampak yakin dan konfiden apabila anda ingin menceritkan perkara ini kepada ibu bapa anda.
Jika anda seorang anak ๐ง, maka saya doakan anda berjaya meyakinkan ibu bapa anda.
Jika anda seorang ibu atau bapa ๐จ๐ฉ, harap anda membuat keputusan yang terbaik untuk anak anda, dan dengarlah apa yang mereka inginkan dalam hidup mereka.