Ada beribu-ribu bahasa pengaturcaraan yang boleh anda belajar, tetapi mana satu yang patut anda pilih?
⏩ TL:DR
Boleh je pilih apa-apa bahasa, tetapi dalam pendapat saya, Python adalah pilihan bahasa pertama yang baik untuk ada pelajari kerana ia lebih mudah berbanding dengan bahasa pengaturcaraan yang lain.
😫 Kenapa banyak sangat?
Setiap bahasa pengaturcaraan ada kegunaan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh:
HTML
digunakan untuk menulis konten yang ada pada sesebuah laman sesawang
JavaScript
digunakan untuk membuat laman sesawang interaktif
Java
untuk pembangunan aplikasi
Python
untuk analisa data, pembangunan aplikasi dan lain-lain
SQL
untuk pengendalian pangkalan data (database)
dan pelbagai lagi bahasa pengaturcaraaan yang lain.
😯 Alamak! Banyaknya!
Kerana jumlah yang banyak, ini telah menyebabkan ramai yang tidak tahu mana bahasa yang patut mereka pilih, jadi di sini saya ingin mencadangkan bahasa pengaturcaraan yang sesuai bagi pemula, iaitu Python
🤔 Kenapa Python?
Antara sebab kenapa Python menjadi pilihan adalah:
- Tatabahasa (syntax) yang mudah difahami
- Sangat fleksibel
- Disokong oleh komuniti yang besar
- Pelbagai aplikasi seperti, sains data, pembangunan web, automasi dan sebagainya
😗 Bahasa yang lain? Tak boleh ke?
Boleh sahaja tiada masalah, cuma kebanyakan konsep awal dalam pengaturcaraan adalah hampir sama dengan kebanyakannya. Jadi jika anda betul-betul kuasai konsep pengaturcaraan, maka anda akan mudah untuk belajar apa-apa bahasa pengaturcaraan yang lain
💻 Di mana saya boleh belajar Python?
Di internet, ada pelbagai sumber untuk mempelajari Python. Antaranya adalah:
Website:
https://www.programiz.com/python-programming
https://www.w3schools.com/PYTHON/
Video di youtube:
https://www.youtube.com/watch?v=rfscVS0vtbw&t=1891s
https://www.youtube.com/watch?v=_uQrJ0TkZlc&t=1s
Belajar dalam Bahasa Melayu:
https://www.youtube.com/watch?v=e7HC0BaZI2M&list=PLe5WEJgz-fOVS9tZqzMx2lVueLUcMi7z0
Terima kasih sebab membaca =)