4 Langkah MUDAH memulakan TABIAT BAIK baru (dan kekalkannya) | Atomic Habits

Azam Baru ☀️

Pada suatu hari, anda telah membuat keputusan untuk pergi ke gym 2 kali seminggu. Atau ingin memulakan hobi baru iaitu membaca buku ilmiah untuk meluaskan pengetahuan, atau apa sahaja aktiviti atau tabiat baru yang baik untuk dilakukan bagi menambahbaik kesejahteraan hidup dari segi segala aspek kehidupan.

Tapi malangnya 🤯

Ramai yang kecundang dalam melakukan tabiat yang mereka inginkan kerana sudah malas atau semangat yang berkobar-kobar sudah pun hilang termasuk diri saya sendiri di sewaktu ketika dahulu. Tetapi setelah saya membaca buku Atomic Habits (oleh James Clear yang telah terjual 3 juta naskah di seluruh dunia) telah memberikan saya cara bagaimana ingin lakukan tabiat itu dan berjaya konsisten lakukannya sehingga hari ini kerana buku ini menceritakan bagaimana tabiat itu dibentuk dan cara untuk lakukannya dengan sangat praktikal.

Jadi daripada buku ini, saya ingin berkongsikan 4 LANGKAH MUDAH UNTUK MELAKUKAN TABIAT BARU DAN KONSISTEN.

Goodreads: 4.38 ⭐ (415, 983 reviews)
Shopee: https://invle.co/clceon0
Kinokuniya: https://invol.co/clceopo

1️⃣ Pastikan tabiat itu SPESIFIK dan MUDAH

Apa yang dimaksudkan bahawa tabiat itu SPESIFIK dan MUDAH?

Spesifik?

Mari kita lihat satu situasi:
Sharif ingin memulakan tabiat membaca buku.

Ini sudah bagus, ada niat, tetapi tidak spesifik kerana ada banyak persoalan daripada tabiat yang ingin dilakukan:

  1. Berapa banyak buku yang ingin dibaca?
  2. Berapa lama ingin membaca buku?
  3. Berapa muka surat satu hari?

Jadi, cara yang lebih baik adalah:
Sharif ingin membaca dan menghabiskan 1 buku dalam masa 1 bulan. Dalam 1 hari, dia ingin meluangkan masa sebanyak 5 minit/10 muka surat untuk lakukan aktiviti tersebut.

Sekarang tabiat Sharif lebih spesifik dan jelas menyebabkan ia mudah untuk diikut.

Mudah?

Salah satu sebab kenapa orang mudah tinggalkan tabiat yang ingin mereka lakukan adalah kerana tabiat yang ingin dilakukan terlalu bercita-cita tinggi.

Jika tabiat itu sukar/lama untuk dilakukan, jadikan ia lebih mudah.

Mengambil contoh Sharif sebelum ini:
Jika tidak mampu membaca buku selama 5 minit satu hari, tukar pada 3 minit sehari, atau 2 minit sehari atau mungkin rendah lagi. Kalau tidak mampu menghabiskan buku selama 1 bulan, tetapkan selama 2 bulan, 4 bulan, atau setahun.

Yang perlu anda faham, jadikan tabiat itu mudah supaya anda konsisten untuk melakukannya.

2️⃣ Rancang bila tabiat itu ingin dilakukan

Ada sudah ada cita-cita untuk pergi berjogging untuk memastikan badan anda sihat. Sekarang anda perlu rancang pada pukul berapa dan di mana anda ingin lakukan tabiat itu sebaiknya sehari atau paling lambat 3 jam sebelum.

Hal ini kerana, kita akan menyebabkan jadual harian hidup kita penuh dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti tidur yang berlebihan, bermain telefon pintar tanpa hala tuju, atau melepak dengan kawan-kawan terlalu lama.

Contoh:
Habis sahaja waktu bekerja, anda baru teringat untuk berjogging selepas pulang, tiba-tiba rakan sekerja ajak keluar makan sebentar, disebabkan anda rasa yang anda akan sempat untuk lakukan selepas makan, anda pun ikut makan. Tetapi hakikatnya, anda tidak dapat pun berjogging kerana terlalu lama lepak bersama rakan anda.

Nampak tak masalahnya? Bila kita tidak rancang awal, kita mudah untuk mengubah jadual kita dengan sewenang-wenangnya.

Kalau kita rancang awal, "Selepas bekerja, saya akan terus pulang ke rumah dan lakukan aktivit jogging di sekitar kawasan rumah", kita tidak akan mudah terikut dengan ajakan dan perubahan pelan kerana ia membantu kita menjadi lebih disiplin.

Dalam buku Atomic Habits, kaedah ini dipanggil Implementation Formula:

I WILL [BEHAVIOUR] at [TIME] in [LOCATION]

3️⃣ Bentuk suasana sekeliling untuk cenderung melakukan

Secara tidak sedar, suasana persekitaran kita juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk tabiat kita. Tak percaya? Cuba lihat, kita sering bermain telefon pintar kerana ianya ringan, mudah digunakan dan boleh di bawa ke mana-mana dan sering berada di samping kita.

Jadi mengubah persekitaran yang membuatkan kita cenderung lakukan tabiat yang diingini adalah antara langkah yang wajar dilakukan.

Contoh:
Tabiat: Membaca buku sebelum tidur
Solusi: Meletakkan buku di sebelah katil.

Tabiat: Minum air kosong berbanding air yang manis
Solusi: Sentiasa membawa botol air kosong.

Nampak? Bentukkan persekitaran anda supaya anda lebih cenderung untuk melakukan tabiat yang diingini.

4️⃣ Jangan tinggalkan lebih daripada 2 kali

Akan ada satu waktu yang menyebabkan anda memang tidak boleh lakukan aktiviti yang diingini kerana sebab yang memang mustahil untuk dielakkan (walaupun anda telah rancang dengan rapi). Itu tidak jadi masalah, kita hanya manusia biasa yang banyak kekurangan, TETAPI, jangan biarkan perkara itu terjadi sekali lagi.

Apa yang saya maksudkan? Jangan tinggalkan tabiat baik itu berturut-turut, kerana ia akan menyebabkan momentum anda hilang dan tidak akan lakukan sekali lagi.

Kalau tertinggal sekali lagi di waktu lain, boleh sahaja, yang penting BUKAN SECARA BERTURUT-TURUT.

🎁 Akhir kata

Ada banyak lagi teknik dan cara untuk membentuk tabiat yang baik yang diterangkan di dalam buku ATOMIC HABITS ini. Saya sarankan anda beli dan membacanya, paling kurang sekali dalam seumur hidup.

Dalam buku ini ia menceritakan, terdapat 4 UNDANG-UNDANG BERKENAAN PERUBAHAN TINGKAH LAKU:

  1. Make it Obvious
  2. Make it Attractive
  3. Make it Easy
  4. Make it Satisfying

Nampak menarikkan? Apa lagi, jangan lupa beli! Link ada di bawah 👇

Terima kasih kerana membaca 😀

Goodreads: 4.38 ⭐ (415, 983 reviews)
Shopee: https://invle.co/clceon0
Kinokuniya: https://invol.co/clceopo
Tunjuk komen