Untuk pengetahuan anda, sesiapa sahaja boleh membuat NFT. Jadi dalam artikel ini, saya akan menceritakan cara untuk membuat NFT.
๐ Langkah-langkah
- Sediakan aset digital yang ingin dijadikan NFT ๐.
- Pilih platform untuk dimuat naik.
- Buat akaun dengan menggunakan wallet kripto yang bersesuaian.
- Sediakan wang kripto.
- 'Mint' aset anda dengan membayar 'gas fees'
Saya akan huraikan setiap satu persatu langkah yang ada. Ok?
Disclaimer:
Jika ada perkara yang anda baca kurang tepat, sila hubungi saya kerana saya pun masih belajar juga. Terima kasih =)
#1 Sediakan aset digital yang ingin dijadikan NFT.
NFT merupakan aset digital yang tidak boleh ditukar atau lebih tepat, unik.
Jangan fikir NFT hanyalah ilustrasi digital, gambar atau gif sahaja, apa-apa sahaja yang boleh dimuat naik atau boleh di'digital'kan, boleh dijadikan NFT.
Sajak, dokumen-dokumen penting, cerpen, muzik, apa-apa je lah.
Tapi ia perkara yang boleh dimuat naik juga bergantung pada platform yang anda digunakan.
Saya akan menggunakan logo saya sebagai contoh:
#2 Pilih platform untuk dimuat naik
Apabila anda ingin memilih platform, ada beberapa perkara yang perlu difikirkan:
- Fail apa yang boleh dimuat naik
- Saiz fail
- Berapa bayaran 'gas fees' yang diperlukan
Berikut adalah beberapa platform bersama jenis fail yang boleh dimuat naik dan saiznya:
Hic et nunc

Pentas.io

Opensea.io

Platform yang paling murah 'gas fees' nya (setakat 05/09/2021) adalah Hic et nunc, diikuti dengan Pentas.io dan Opensea.io.
Ada banyak lagi platform lain, tapi saya malas nak senaraikan.
Di sini saya akan memilih Pentas.io sebagai contoh
#3 Buat akaun dengan menggunakan wallet kripto yang bersesuaian.
Setiap platform ada wallet yang perlu anda ada untuk membuka akaun di platform pilihan anda.
Sebagai contoh, di Pentas.io, anda boleh membuka akaun dengan menggunakan metamask wallet. Wallet ini boleh didapati di chrome extension.

Proses ini agak leceh sedikit, jadi saya tak boleh nak terangkan sangat dalam artikel ini. Berikut adalah sumber yang boleh membantu anda atau boleh bertanya di komuniti seperti @MalaysiaNFT atau @NFXT.io di twitter atau discord.
Cara setup Metamask wallet:

Setup Metamask untuk Binance Smart Chain:
#4 Sediakan wang kripto
Jika anda ingin menjadikan aset digital anda sebagai NFT di blockchain, anda perlu sediakan wang kripto berdasarkan platform yang anda pilih sebentar tadi.
Sebagai contoh:
Pentas.io = BNB
Hic et nunc = XTZ
Opensea.io = ETH
Anda boleh dapatkan BNB di Binance (tapi sewaktu penulisan ini, Binance telah di'ban' oleh Malaysia)
Mendapatkan ETH melalui Metamask atau Luno
#5 'Mint' aset digital anda dengan membayar 'gas fees'
Di dalam sesebuah platform yang anda pilih, ada bahagian untuk memuat naik aset digital anda. Di bawah adalah contoh di platform Pentas.io:

Jadi di sini ada beberapa perkara yang perlu diisi:
- Aset yang ingin dimuat naik
- Nama aset tersebut
- Penerangan
- Royalti
Saya percaya, 3 perkara yang pertama anda boleh faham, tetapi di sini saya ingin menerangkan berkenaan royalti dan bagaimana ia berfungsi.
๐ธ Royalti
Royalti adalah bayaran yang diberikan kepada pengkarya asal sesebuah aset setiap kali berlaku transaksi berdasarkan peratusan yang ditetapkan sewaktu aset itu di'mint'kan.
Sebagai contoh jika saya menetapkan peratusan royalti sebanyak %5 pada aset saya, maka saya akan dapat %5 hasil transaksi yang berlaku atas aset tersebut tidak kira harga.
Jadi kalau transaksi tersebut adalah RM10,000, maka saya akan dapat RM500.
Kebiasaanya individu akan tetapkan peratusan dari 30%-10%. Tapi tak kesah pun sebenarnya, yang penting munasabah.
โ๏ธ Selesai!
Selepas anda menekan 'Create NFT', platform akan meminta anda membayar 'gas fees' dengan wang kripto yang diinginkan.

Maka NFT anda telah selamat di'mint'kan! Jika anda 'mint' di Pentas.io anda boleh lihat aset anda di laman profil anda.

โ Sedikit nota
Walaupun anda sudah 'mint' ia tidak semestinya bersedia untuk dijual. Anda perlu tetapkan harga bagi NFT yang anda ingin jual.
Tapi proses ini mudah sahaja, hanya klik pada NFT yang hendak dijual, akan keluar pilihan untuk diletakkan di 'marketplace'.
Letak harga tu logik la sikit, jangan terlampau mengarut ye.
๐ Rujukan tambahan:
Tips untuk yang ingin menjadi 'NFT creator':
New and future NFT creatorsโผ๏ธ general tips to consider BEFORE, DURING and AFTER minting (upload) NFTs๐
— Kmock (@FarisNishReed) September 4, 2021
Disclaimer: I'm far from an expert, this is just my pov from a collectors perspective.
Let's start!
Appreciate the RTs: @pentas_io @MalaysiaNft @nfxt_io @jancoca
