Anda bercita-cita untuk menerbitkan EBook anda yang pertama tetatpi tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan nombot ISBN bagi buku anda? Artikel ini akan menunjukkan langkah-langkah untuk mendapatkan nombor ISBN anda. Mari kita mulakan!
- Menyediakan Dokumen yang diperlukan
- Buka akaun depositori
- Mengisi borang 'online' untuk mendapatkan nombor ISBN
- Muat naik dokumen
- Tunggu dan dapatkan ISBN (serta barcode)
1️⃣ Menyediakan Dokumen yang diperlukan
Sebelum memulakan proses permohonan, ada beberapa dokumen yang perlu anda sediakan bagi melancarkan proses mendapatkan nombor ISBN buku anda.
❗ Dokumen penting:
- Kulit hadapan judul
Kiranya kulit depan buku. Saya rasa ini anda boleh faham apa. - Mukasurat Judul
Mukasurat yang ada tajuk buku dan nama pengarang. Biasanya anda boleh lihat mukasurat ini di dalam buku di awal bahagian.

- Mukasurat Prakata/Sinopsis
Anda boleh pilih untuk menggunakan sinopsis buku, atau prakata. - Mukasurat Isi Kandungan
Mukasurat yang menyatakan apa yang terkandung di dalam buku anda.

- Mukasurat Hakcipta
Mengandungi maklumat berkenaan penerbit dan juga di mana anda akan letak nombor ISBN anda (biar ruang ISBN kosong kerana anda tidak dapat lagi). - Cetakan Skrin Muka Hadapan beserta URL
Ini adalah gambar di mana laman web yang anda ingin jual buku anda. Ia TIDAK boleh media sosial, blogspot atau apa-apa laman web persendirian. Cetakan tersebut juga perlu ada pautan laman web di atas. Contoh laman web yang boleh adalah Shopee atau E-sentral.

- Buku yang ingin anda terbitkan
Yang terakhir sekali adalah buku anda sendiri, pastikan ia sudah siap dan bersedia untuk diterbitkan.
Setelah anda berjaya menyediakan dokumen-dokumen tersebut, sekarang anda boleh mula untuk melakukan proses permohonan.
2️⃣ Buka akaun depositori
Pergi ke laman web depositori (klik sini) dan buka akaun anda.

Selepas anda berjaya membuka akaun, anda akan di bawa ke halaman utama (Fig 2)

3️⃣ Mengisi borang 'online' untuk mendapatkan nombor ISBN
Klik butang berwarna biru yang terletak di baris pertama di sebelah kiri yang tertulis 'Perkhidmatan MOHON ISBN/e-ISBN' (rujuk Fig 2) untuk memulakan proses permohonan.
Anda akan di bawa ke halaman ini (Fig 3) untuk mengisi maklumat berkenaan buku anda. Tiada apa yang sukar pun di langkah ini.
Di sebabkan anda ingin menerbitkan EBook, anda perlu:
- Menukar pilihan 'Media' kepada 'Digital'
- Perlu memberikan url di mana anda ingin jual. Contoh https://www.shopee.com.my

4️⃣ Muat naik dokumen
Setelah selesai, apabila anda pergi ke langkah seterusnya, anda akan di bawa ke halaman yang meminta anda untuk memuat naik dokumen-dokumen penting (yang telah anda sediakan di langkah 1️⃣) untuk mendapatkan nombor ISBN bagi buku anda.

Selepas menekan butang 'seterusnya' anda akan di bawa ke laman seterusnya untuk memeriksa semua maklumat yang diberikan adalah tepat. Jika anda berpuas hati, boleh terus hantar permohonan dan tunggu.
5️⃣ Tunggu dan dapatkan ISBN (serta barcode)
Sekarang anda perlu tunggu permohonan anda akan diluluskan atau tidak. Untuk saya, saya hanya perlu tunggu 1 hari sahaja (saya mohon pada lewat malam, dan dapat jawapan pada esok paginya, jadi boleh tahan cepat juga proses).
🚫 Apa jadi kalau permohonan ditolak?
Kalau anda lihat (rujuk Fig 5), saya membuat permohonan sebanyak 2 kali kerana permohonan pertama ada masalah berkenaan URL laman web yang saya ingin gunakan sebagai tempat untuk menjual buku saya.
Di ruang 'Tindakan', mereka akan berikan anda NOTA (butang berwarna merah) untuk melihat apa kesalahan yang anda lakukan semasa permohonan. Jadi senang untuk anda tahu apa yang salah.
Lepas hadam NOTA tersebut, saya pun lakukan permohonan semula dan akhirnya dapat 🎊🎊

🎉 Yay sudah berjaya!
Sekarang, anda boleh 'copy' nombor ISBN dan letak di mukasurat hakcipta anda. Anda juga boleh dapatkan BARKOD ISBN di ruang 'Tindakan' (Fig 5).
Harap artikel ini membantu anda memohon ISBN untuk buku anda.