Kebiasaannya lepas SPM, ada yang berkehendak ingin sambung belajar ambil bidang Sains Komputer, atau ada yang belum habis belajar sekolah menengah sudah bercita-cita ingin sambung bidang ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Komputer.
Dalam artikel ini, saya akan terangkan macam mana nak sambung Sains Komputer supaya anda tahu bagaimana okay 👍
Isi kandungan artikel
- Zaman SPM
- Pra-Universiti
- Matrikulasi
- STPM
- Asasi
- Diploma
- Muet
- Secara Keseluruhan
❗NOTA:
Penulisan artikel ini dilakukan berdasarkan 5 universiti di Malaysia, Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), dan Asia Pacific University (APU).
Zaman SPM
Sewaktu anda mengambil SPM, dalam kebanyakan subjek yang anda ambil, perlu mengandungi paling kurang 3 subjek ini:
- Matematik
- Matematik tambahan
- 1 subjek sains (Fizik/Biologi/Kimia) - ini tidak wajib, tapi kalau boleh ambil untuk meluaskan peluang
Saya percaya semua calon SPM akan ambil subjek Matematik, tapi mungkin ada yang tidak mengambil subjek Matematik tambahan.
Bukan nak bagi harapan, tapi ada sahaja institusi yang terima pemohon yang tidak mengambil subjek Matematik Tambahan (seperti UKM), cuma perlu usaha mencari.
Gred apa yang diperlukan untuk subjek SPM yang diperkatakan?
Rata-rata institusi memerlukan anda paling kurang tahap baik (Gred C) dalam subjek-subjek yang diterterakan di atas. Ada yang minta Gred B minima, jadi kalau boleh dapatkan paling kurang Gred B.
Pra-Universiti
Okay sekarang ni ada banyak Pra-U di atas muka bumi ni, jadi nak ceritakan satu-persatu memang penat, jadi saya akan fokuskan pada
1️⃣ Matrikulasi
Aliran paling sesuai untuk menyambung bidang Sains Komputer adalah, Aliran Sains Komputer
Tapi kalau saya tidak ambil aliran sains komputer?
Tiada masalah, yang penting aliran yang anda ambil perlu ada subjek Matematik dan satu subjek Sains lain.
Gred apa yang perlu saya dapat?
Setiap insitusi, syarat dia memang pelik-pelik, jadi saya beri beberapa syarat daripada universiti pilihan supaya anda mendapat gambaran
- UKM:
PNGK 2.50
(1) Gred C (NGMP 2.00) Matematik & (1) Gred C (NGMP 2.00) subjek Sains - UiTM:
PNGK 2.00 - APU:
PNGK 2.00 - UM:
PNGK 3.00
Gred B
Mathematics;
Physics, Engineering Physics; dan
Engineering Physics / Chemistry / Engineering Chemistry / Biology / Computer Science / Computing - UTP:
PNGK 2.00
🔗Tekan sini untuk memahami program Matrikulasi dengan lebih lanjut
2️⃣ STPM
Anda perlu mengambil subjek Matematik dan satu subjek Sains untuk memudahkan kemasukan ke bidang Sains Komputer.
Gred yang diperlukan?
- UKM:
- PNGK 2.50
- (1) Gred C (NGMP 2.00) Matematik & (1) Gred C (NGMP 2.00) subjek Sains
- UiTM:
- PNGK 2.00
- Ambil Aliran Sains & (1) Gred C (NGMP 2.00) Matematik & (1) Gred C (NGMP 2.00) subjek Sains/ICT ATAU Ambil Aliran bukan Sains & (2) Gred C (NGMP 2.00) apa-apa subjek.
- UTP:
- (1) Gred C Matematik & (2) Gred C bukan subjek bahasa
🔗Tekan sini untuk melihat kombinasi subjek STPM
3️⃣ Asasi
Asasi yang diambil harus mempunyai subjek Matematik dan satu subjek Sains. Antara asasi yang yang diterima adalah asasi sains atau asasi kejuruteraan.
Biasanya asasi yang ditawarkan di universiti, berpeluang untuk sambung di universiti yang sama anda ambil asasi. Boleh sahaja ambil di universiti yang lain, tapi perlu buat uji kaji sendiri sebab tak banyak yang lakukan sedemikian.
Gred yang diperlukan?
- UiTM:
- PNGK 2.00
- UTP:
- PNGK 2.00
- APU:
- PNGK 2.00
4️⃣ Diploma
Diploma yang disyorkan untuk diambil adalah diploma pengkomputeran atau diploma teknologi maklumat atau diploma sains komputer atau yang seerti dengannya.
- APU:
- ICT related diploma, PNGK 2.50
- UiTM:
- Diploma yang diambil di UiTM, PNGK 2.00 ATAU PNGK 2.50 berdasarkan jenis diploma yang diambil
- Diploma yang diambil di universiti yang diiktiraf, PNGK 2.75 (diploma sains atau pengkomputeran)
- UM:
- Diploma Pengkomputeran atau Teknologi Maklumat di universiti yang diiktiraf
- PNGK 3.00
- Gred B untuk subjek Matematik
5️⃣ MUET
Minima band 2.00
⭐ Secara keseluruhan
Kalau kita ingin rumuskan apa yang ada di dalam artikel ini:
- Subjek Matematik perlu anda 'score' untuk sambung bidang Sains Komputer
- Kalau boleh subjek Matematik Tambahan pun 'score', ia akan meluaskan lagi peluang.
- Paling kurang 'score' 1 subjek sains (kimia/fizik/sains komputer/dll)
Anda perlu ada subjek Matematik untuk sambung ijazah Sains Komputer kerana memang hakikatnya, akan banyak menyentuh topik Matematik di dalam bidang Sains Komputer.
Konklusi ⭕
Selepas anda membaca artikel ini, sila buat kajian sendiri kerana maklumat yang saya berikan di dalam artikel ini hanyalah sebahagian yang ada kerana ingin mengumpulkan maklumat daripada insitusi yang berbeza, dan menukarkan kepada medium yang mudah difahami amat mengambil masa.
Di akhir laman ini, saya sertakan sumber syarat kelayakan daripada 5 universiti yang saya sebutkan di dalam artikel ini.
Jika artikel ini membantu, jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan yang lain =)
Sumber 📝:
UTP - https://www.utp.edu.my/Pages/Admission/Undergraduate/Bachelor-of-Computer-Science-(Hons).aspx
UM - https://fsktm.um.edu.my/bachelor-of-computer-science-software-engineering
UKM - https://www.ukm.my/studyukm/wp-content/uploads/2021/06/Fakulti-Sains-dan-Teknologi-UKMi-2021-190521.pdf (di muka surat terakhir)
APU - https://www.apu.edu.my/our-courses/undergraduate-studies/school-computing-technology/bsc-hons-computer-science
UiTM - https://fskm.uitm.edu.my/v5/index.php/en/programme/undergraduate/29-cs230-bachelor-of-computer-science-hons-sarjana-muda-sains-komputer-kepujian#entry-requirement-syarat-kemasukan