Pernah nampak tak nasi lemak digital yang dijual dengan harga RM400++ (0.20 BNB)?
https://app.pentas.io/nft/100157

Lain macamkan? Inilah dia NFT.
Dalam artikel ini, saya akan:
1. Menerangkan apa itu NFT dengan cara yang mudah
2. Menerangkan kenapa harga sebuah karya digital boleh mahal sebegitu
Disclaimer:
Untuk pengetahuan anda semua, NFT menggunakan teknologi blockchain, tapi kita tidak akan bincang tentang blockchain dan lagi pun tak perlu anda tahu untuk faham NFT. Ok? 👍
Non-fungible token (NFT)
Fungible bermaksud 'boleh diganti'
Tetapi dalam konteks yang kita sedang ceritakan, apabila nilai sesuatu objek adalah sama dengan sesuatu objek yang lain. Jadi 'non-fungible' bermaksud 'tidak boleh diganti' atau 'unik'.
Token pula adalah objek/simbol/tanda.
Jadi NFT adalah = sebuah objek yang unik.
Mari saya beri contoh untuk anda faham.
Penerangan dengan contoh
1. Fungible
Duit adalah contoh 'fungible token'. Duit ringgit RM100 adalah sama dengan RM100 yang lain. Jadi mereka boleh dicetak, dan boleh dimiliki oleh ramai orang.
2. Non-Fungible
Kalau kita lihat Mona Lisa, dicipta oleh Leonardo da Vinci, hanya ada 1 sahaja karya asli yang boleh wujud. Ini lah contoh 'non-fungible' dan tidak boleh di 'copy' oleh orang lain.
Sekarang kita faham apa itu NFT. Sekarang saya akan terangkan macam mana nasi lemak digital boleh jadi mahal.
Selingan:
Antara karya oleh artis tempatan yang mahal dijual sebagai NFT.
https://foundation.app/@mulo/cyberchan-67273

💸 Kenapa sebuah karya boleh mahal?
Kita berbalik kepada contoh Mona Lisa, ada yang pandang Mona Lisa ni tiada nilai pun, ada yang pandang Mona Lisa sebagai karya yang sangat hebat.
Seni ni, sangat subjektif. Sebab tu sebuah seni boleh di jual sampai berjuta-juta kerana nilai yang diletakkan oleh individu.
Lagipun jika seseorang itu boleh memiliki sesuatu karya yang asli yang sangat bernilai, dia boleh 'flex' kepada orang lain yang dia 'mampu' memiliki karya tersebut. Cehhhh.
Jadi bagaimana kita boleh sahihkan karya Mona Lisa? Ini lah dimana wujud sesuatu pekerjaan dikenali sebagai 'art appraiser', iaitu individu yang mengsahihkan sesebuah karya seni.
Jadi NFT berfungsi seperti di atas, cuma kita menggunakan teknologi Blockchain untuk membuktikan kesahihan atau keaslian sesebuah seni. Hebatkan?
Lagi satu, dengan NFT, kita boleh tetapkan royalti setiap kali berlaku pembelian sesebuah karya.
Maksudnya, jika anda tetapkan royalti 10%, anda akan dapat 10% harga karya yang dijual selagi transaksi berlaku. Tanpa perlu ada pengawasan. Lain macam kan?
Ada penerangan bagaimana semua ini boleh dilakukan dengan blockchain, smart contract dan kenapa ia sangat secure, tapi itu dah terlalu teknikal, nanti pening pulak korang baca.
Tapi paling mudah, dia seperti sebuah 'birth certificate' digital yang membuktikan keaslian sesebuah karya.
Sebab itulah kenapa ada orang sanggup letak harga RM400++ untuk sebuah nasi lemak digital. Kerana nilai seni amat subjektif.
😗 Jadi apa yang boleh kita jadikan sebagai NFT?
Apa-apa sahaja sebenarnya, tidak terikat pada 'digital illustration'. Muzik, sajak, video, gif, dokumen dan apa-apa sahaja yang boleh diupload, boleh dijadikan sebagai NFT.
Topshot merupakan sebuah marketplace yang menjual klip-klip permainan NBA. Ini adalah contoh NFT dalam format video.
https://nbatopshot.com/
😍 Berminat dengan NFT?
Jika anda berminat untuk menjual karya atau membeli, antara tempat yang anda boleh cuba adalah @pentas_io iaitu sebuah NFT marketplace yang dibina oleh rakyat tempatan yang diasaskan oleh @isyirsyad
Pautan:
https://app.pentas.io/m...
NFT marketplace yang lain seperti:
Hic et nunc - https://www.hicetnunc.xyz/
OpenSea - https://opensea.io/
Foundation - https://foundation.app/
😫 Tak tahu mana nak mula?
Jangan risau, @/pentas_io, @MalaysiaNft dan @nfxt_io ada discord server yang boleh membantu sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan NFT.
MalaysiaNft - https://discord.gg/96Gs...
Pentas_io - https://discord.gg/rs7dE6Ek
NFXT_io - https://discord.com/inv...
Antara artis di Malaysia yang giat dengan NFT seni:
@tuanmulo
@KatunVisual
@acesun07
@orkibal
@fthouzhusband - ni la yang buat nasi lemak tu
Ada ramai lagi, tapi penat nak listkan.
☝️ Seperkara lagi
Satu perkara lagi, NFT ni ada banyak kegunaannya, bukan setakat untuk karya seni, dari geran rumah, ecommerce dan sebagainya, cuma jenuh saya nak ceritakan semuanya.
📚 Sumber info dan gambar:
@/pentas_io - twitter
@/tuanmulo - twitter
@/fthouzhusband - twitter
@/MalaysiaNft - twitter
The Verge
https://www.theverge.com/22310188/nft-explainer-what-is-blockchain-crypto-art-faq