🤔 Ambil Bidang Sains Komputer tapi takde pengalaman

Amat menakutkan apabila kita pergi ke sesuatu tempat tanpa mengetahui apa-apa perkara berkenaan tempat tersebut. Sama sahaja apabila kita ingin mengambil bidang Sains Komputer, tapi kita tahu apa-apa pun berkenaan bidang tersebut, apa yang akan dipelajari, apa perkara yang perlu kita tahu sebelum belajar, atau perlukah kita tahu beberapa ‘skill’ seperti ‘programming’ dan sebagainya. Ye la kan, takut nanti bila dah mula belajar, akan rasa kesal di hati kerana bukan apa yang dibayangkan.



😎 Siapa saya yang bercerita?

Saya masa SPM ambil aliran sains, jadi saya ada ambil subjek Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan dan sebagainya. Saya TIDAK ambil subjek Sains Komputer, sebab sewaktu itu tiada lagi subjek tersebut diperkenalkan di sekolah saya.

Selepas SPM, saya sambung mengambil A-Level (pra-U) dengan mengambil 3 subjek, Matematik, Fizik, dan Kimia (masih lagi tiada subjek Sains Komputer).

Pada peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) saya membuat keputusan untuk mengambil bidang Sains Komputer.

Kalau anda lihat, pengalaman pertama saya belajar ‘programming’ (atau dalam bahasa Melayu pengaturcaraan) adalah sewaktu saya ‘degree’. Maksudnya, saya memang tiada latar belakang sains komputer sehinggalah saya masuk belajar di universiti dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda.



😱 Tak takut ke?

Perasaan takut tu ada sahaja. Ye lah kan, tiba-tiba masuk universiti ambil bidang sains komputer. Masa tu saya ingat mahasiswa yang lain (batch saya) akan ramai yang dah tahu macam mana nak ‘programming’ dan sebagainya. Jadi sebelum mula belajar, saya ada belajar ‘programming’ sendiri-sendiri tapi bukannya bersungguh-sungguh sangat sebab tak tahu nak mula dari mana. Cuak mat, takut masuk-masuk ‘lecturer’ anggap kita dah tahu ‘programming’ tu macam mana.



🎒 Hari pertama kelas

Kuliah pertama di zaman universiti, rasa ‘nervous’ dan ‘excited’ bercampur. Masa tu ada dalam 200-300 orang di dewan kuliah, agak besarlah juga.

Sewaktu ‘lecturer’ sedang memberi taklimat berkenaan apa yang akan dipelajari sepanjang semester tersebut, dia berhenti dan bertanyakan satu soalan yang saya rasa membantu meringankan kerisauan saya.

Siapa di sini, tidak pernah ‘programming’ langsung sebelum ini

Masa saya dengar tu, saya pun rasa malu untuk angkat tangan, tapi saya angkat je, sebab dah tak tahu, buat la macam orang tak tahu. Saya angkat tangan dengan kadar yang perlahan, sambil melihat sekeliling dan saya agak terkejut, kerana hampir 50% dalam dewan kuliah mengangkat tangan. Rupa-rupanya, ramai yang seperti saya, datang belajar bidang ini tanpa ada apa-apa pengalaman dalam ‘programming’

‘Lecturer’ tersebut pun berkata yang pihak universiti akan buat ‘tutorial’ yang akan membantu anda mempelajari ‘programming’. Cuma beza di universiti adalah anda kena usaha lebih untuk belajar sendiri sebab di tahap ini, mereka tidak akan ‘suap ke mulut’ anda seperti di waktu sekolah.

Ini ada orang lain juga yang tiada asas sains komputer yang mengambil bidang ini:



😙 Sekarang macam mana?

Sekarang saya di tahun terakhir, saya boleh katakan bidang ni mencabar dan bukanlah mustahil untuk belajar. Dan sebenarnya, ‘programming’ dalam bidang ni sikit sahaja, anda akan banyak belajar teori yang memerlukan anda faham seperti ‘Data Structure’, ‘Algorithm’, ‘Data Science’, dan macam-macam lagi. Yang penting anda banyak buat ulang kaji sendiri dan mempunyai kawan yang boleh sama-sama naik dan belajar sekali.



⭕ Konklusi

Kalau anda berminat untuk belajar Python 'programming' dengan penggunaan kata yang mudah, saya ada buku berkenaan itu:

Buku Python Pemula | 100% Bahasa Melayu
Belajar programming Python dari 0, dalam 100% Bahasa Melayu. Sesuai untuk pemula! BELI SEKARANG!

Atau kalau anda berminat dengan format video, saya ada Youtube mengajar Python dan Java:

Hafizuddin Sharif
I share about computer science, software developer, and lifestyle!

Baiklah itu sahaja untuk kali ini, jumpa lagi 👋.


Tunjuk komen